- Lain-lain
い╧籔產緓ベみ柑鍃﹠ 猲极硈瘂94进ó
China menyeru anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) agar memperkukuh solidariti dan kolaborasi bagi mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala.
Seruan itu dibuat menerusi satu kenyataan dibentangkan China semasa mesyuarat ketiga Majlis Umum WTO selama dua hari yang berakhir di Geneva, Switzerland pada Rabu.
Delegasi China menyatakan bahawa kegiatan dagangan global semakin mencabar, disusuli unsur tidak menentu dan risiko perpecahan yang terus meningkat.
Dalam tempoh beberapa bulan lalu, langkah tarif secara sepihak terus dilaksanakan, menjadikan nilai perdagangan yang terjejas berjumlah AS$2.7 trilion, paras tertinggi berbanding yang direkod sejak 2009.
Dalam konteks ini, China merayu kepada anggota WTO supaya mengukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama serta menyokong sistem dagangan berkenaan secara lebih berkesan.
China turut mencadangkan agar Sekretariat WTO mempertingkat pemantauan dan analisis terhadap langkah-langkah sepihak dan perjanjian bilateral, serta segera memanjangkan kepada anggota berhubung kesannya, terutama kesan limpahan negatif yang berpotensi menjejaskan anggota pihak ketiga.
- Tarif Import AS, Beri Kesan Besar Kepada Ekonomi Global - IMF
- Tindakan Paksaan Sepihak Perlu Dibatal: Duta China
- General Motors Rugi USD1.1 Bilion Ekoran Dasar Tarif AS
- Stellantis Rugi 2.3 Bilion Euro Ekoran Dasar Tarif AS
- AS Kenakan Tarif Import 19 Peratus Terhadap Produk Indonesia
- Tarif AS:?EU Ikrar?Lindungi Kepentingan Diri
- AS Umum Tarif Import 30 Peratus terhadap Mexico dan EU
- Trump Umum Tarif 50 Peratus untuk Import Tembaga Mulai 1 Ogos
- Tarikh Pelaksanaan Tarif Baharu Kekal 1 Ogos: Trump
- UNCTAD: Dagangan?Perkhidmatan Kekal Pemacu Utama Pertumbuhan Global