- Lain-lain
广深港高铁香港段4月1日试运营
Foto menunjukkan inskripsi tulang nujum. (Foto ihsan Universiti Normal Anyang)
Di makmal utama pemprosesan maklumat inskripsi tulang nujum di Universiti Normal Anyang di Provinsi Henan, tengah China, sebuah dinding memperlihatkan kemajuan penyelidikan tentang Jiaguwen, atau inskripsi tulang nujum, melalui teknologi, yang sekali gus menghidupkan semula karakter-karakter purba tersebut dan menunjukkan sejarah peradaban China yang dalam.
Bagi membawa semula Jiaguwen ke dunia moden, Liu Yongge, ketua makmal utama itu bersama-sama pasukannya telah mendedikasikan selama 25 tahun untuk menghidupkan semula karakter-karakter purba tersebut.
Di dalam bilik mesyuarat makmal tersebut tergantungnya satu kaligrafi yang bermaksud, ‘Terancam tapi tidak dilupakan; tersorok tapi tidak hilang’. Ia ditulis oleh seorang guru dari sekolah rendah di Beijing pada musim luruh 2023.
Liu mengimbau semula pada musim panas ketika itu, beliau menerima satu panggilan yang tidak dijangka oleh sekolah tersebut. Seorang guru telah melihat set senaman fizikal makmal tersebut yang direka berdasarkan inskripsi tulang nujum dalam talian, dan menyatakan hasratnya untuk mengadakan kunjungan. Pada musim luruh tahun sama, guru besar sekolah itu telah mengetuai sebuah pasukan ke makmal tersebut, dan kaligrafi itu telah ditulis oleh seorang guru yang begitu bersemangat terhadap kerja berus.
Liu yang sebelum ini merupakan pensyarah di jabatan sains komputer di Universiti Normal Anyang, pernah menghabiskan masa selama tiga tahun untuk mengalihkan Jiaguwen ke dalam komputer. Kemudian, beliau menyertai projek pangkalan data tulisan dan imej inskripsi tulang nujum oleh Profesor Han Jiangsu di universiti sama pada 2004.
Seorang pelajar sedang mempraktiskan gimnastik radio yang diinspirasikan oleh Jiaguwen atau inskripsi tulang nujum di kampus Universiti Normal Anyang di Provinsi Henan, tengah China. (Foto oleh Huo Yaping)
“Saya meluangkan selama lapan tahun untuk mengusahakan projek ini, untuk pendigitan geseran, bahan penyelidikan dan buku, agar membolehkan ia semua mudah diakses oleh sarjana,” ujar Liu.
Dengan penyelidikan yang semakin diperdalam, satu inisiatif baharu telah dilancarkan untuk menyepadukan pangkalan data karakter, katalog dan kesusasteraan inskripsi tulang nujum. Dibuka kepada awam pada 2019, platform tersebut menawarkan akses percuma dan kini mempunyai 5,086 karakter, 6,234 bentuk karakter dan lebih 30,000 kertas penyelidikan.
Liu berkata bahawa makmal itu akan tersebut mengembangkan datanya, dengan menggunakan pengimejan berdefinisi tinggi, penambahbaikan penjejakan mikro dan permodelan 3D untuk membangunkan model inskripsi tulang nujum yang komprehensif. Ia juga akan memanfaatkan AI untuk analisis data termasuk pengecaman karakter, analisis bentuk dan penghasilan graf pengetahuan.
Tidak lama lagi, Liu dan pasukannya juga akan terbang ke Perancis untuk mendapatkan imej berdefinisi tinggi tulang nujum di empat muzium.
“Projek ini bukan sahaja memelihara inskripsi tulang nujum, tetapi juga membantu buat penyelidikan yang sedang berjalan,” kata beliau.
Dengan menggunakan permodelan 3D, fotografi makro dan berdefinisi tinggi, mereka akan mengambil lebih 150 gambar bagi setiap tulang nujum untuk pengumpulan data komprehensif, secara tidak langsung membolehkan usaha pemeliharaan dan pemulihan digital.
Foto memperlihatkan program mini WeChat ‘inskripsi tulang nujum hebat’. (Foto ihsan Universiti Normal Anyang)
Hampir 160,000 tulang nujum telah berjaya digali keluar di Tinggalan Yin di Anyang, dan kini ditempatkan di lebih 180 institusi di serata dunia, termasuk muzium, perpustakaan, institut penyelidikan dan universiti-universiti. Masa demi masa, banyak daripadanya telah terluluhawa, rosak atau telah hilang inskripsinya, seterusnya menjadikan pemeliharaan digital satu tugasan yang mendesak.
“Selain Perancis, kami juga menyasarkan untuk mendigitkan lebih 400 tulang nujum di Jerman pada tahun ini,” kata Liu sambil menambah bahawa pihaknya telah mambawa pula data digital untuk lapan tulang nujum dari Korea Selatan pada tahun lalu.
Pada masa sama, beliau dan pasukannya juga sedang berusaha untuk menyepadukan inskripsi tulang nujum ke dalam kehidupan seharian. Set senaman fizikal yang telah direka berdasarkan inskripsi tulang nujum yang dilancarkan oleh makmal Liu, diasaskan oleh 19 inskripsi tulang nujum.
Menggabungkan karakter purba, muzik, tarian dan senaman fizikal, ia telah dipromosi ke bandar-bandar seperti Beijing, Guangzhou, dan Chengdu.
“Dengan hanya memberikan peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan inskripsi tulang nujum, kita boleh membantu mereka untuk mengenali, memahami dan seterusnya mencintainya,” kata Liu.
- Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara dalam Bidang kebudayaan - Xi
- Forum Pembangunan Kekuatan Budaya China 2024 Berlangsung
- Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China Ke-20 Buka Tirai
- Pendapatan Perusahaan Kebudayaan Naik 8.2 Peratus
- 120,000 Produk Kebudayaan Dipamerkan dalam ICIF Ke-19
- ICIF Edisi ke-19 Buka Tirai di Shenzhen
- Shenzhen Bakal Buka Lembaran Baharu Dalam Pembukaan, Inovasi
- Dinamika China | Inovasi adalah Daya Penggerak Utama Pembangunan
- Pasukan Inovasi Qingdao Catat 12 Rekod Dunia Dalam Pengoperasian Pelabuhan Automatik
- Biar Dunia Tahu China Sedang Hasilkan Inovasi – CEO GSMA
- Faktor Dinamik Pacu Perkembangan Maju Inovasi China
- Model Perniagaan inovatif: Momentum Baharu Pertumbuhan Perdagangan Asing
- Pembangunan Juruteknik Kelas Pertama Jadi Keutamaan China
- Ekonomi Digital Buka Pintu Rezeki Baharu
- China di Tangga ke-11 Indeks Inovasi Global
- Huawei Lancar Telefon Boleh Lipat Tiga Pertama di dunia